Wednesday, 3 July 2013

Warna Kabur Kehidupan Kita

              Hidup ini kadangkala kita megharapkan keindahan..Tanpa sedar kita menghadapi suatu yang sukar untuk kita harungi.Kita yang mencorak kehidupan ini,kita yang membuat segala keputusan tentang kehidupan kita. Adakalanya kita terlalu mengejar kesempurnaan. Dengan kesempurnaan itu, kita telah melukai hati orang yang menyayangi kita. Kenapa kita tidak boleh terima diri sesorang itu seadanya. Jawapannya adalah kita terlalu mencari kesempurnaan,tamak walaupun telah memiliki yang sempurna.. Inilah kehidupan adakalanya pernuh dengan warna-warni dengan sekelip mata ia menjadi warna yang keruh . Begitulah dengan hati manusia,sering berubah jika tidak kuat hadapinya. Semakin banyak cabaran dan dugaan yang di hadapi semakin banyak kita belajar tentang kehidupan. Orang yang matang adalah orang yang tidak akan lari dari masalah, ia akan cuba menyelesaikan masalah. Orang yang cakap dirinya matang , tetapi lari dari masalah itu adalah seperti kanak-kanak kecil yang takut untuk berjalan.Kita bukanlah manusia yang sempurna,kita mempunyai perasaan sayang , marah benci cemburu atau sebagainya. Bohonglah kalau kita tidak ada perasaan. Tapi dengan perasaan inilah akan menghancurkan segala impian kita. Bagaimana kita hendak bina semula impian kita??Jawapannya kita perlu menyayangi diri kita dahulu, buktikan bahawa kita mampu hadapinya walaupun sukar. Kita seboleh-bolehnya takut untuk melukakan hati orang yang kita sayang.Tetapi dengan sedar kita telah melukakan hati dan perasaan seseorang .Cuba fikir sejenak buka minda seluas-luasnya , tanya hati kita patutkah kita lukakan hati seseorang yang selama ini ,yang sanggup lakukan apa sahaja demi kita. Itulah manusia tidak pernah menilai pengorbanan sesorang itu. Kenapa?? Kenapa ?? Terjadinya begini kerana kita marah,kita tidak sabar atau sebab yang anda sendiri lebih mengetahui. Cuba tempatkan diri anda di tempat mereka.Selami apa yang mereka alami. Anda akan tahu betapa peritnya sakit mereka. Betapa susahnya mereka hendak menghadapinya.Tiada ubat untuk sembuhkan mereka, melainkan ada sinar yang kembali. Ayuh bangkit cuci semula hati kita ,rawatnya kembali ,jaganya kembali dan kebalkannya kembali kita akan berjaya mencari sinar itu. Buat orang yang hatinya terluka sabarlah nescaya anda akan mendapat ketenangan dengan memaafkan mereka,biar masa menetukan.  Umur kita semakin hari semakin meningkat bila-bila sahaja kita akan meninggalkan dunia yang penuh tanda tanya??? 

From Bottom To My Heart (Miss Juliet)

No comments:

Post a Comment