Sunday, 28 July 2013

Future Husband 2

Assalamualaikum..
Hyeeppp tiba-tiba tengah malam nie, juliet terlebih rajin pulak nak update entry  impian dgn mr future husband..



Mengaji..
Juliet teringin mr future ajar juliet mengaji walaupun juliet mmg boleh mengaji..means nak rasa felling future husband ajar mengaji mesti lainkan xsama mcm ustazah ajar..Sama2 ajar and boleh buat qiamullai sekali..

Menari...
Mesti ada yang cakap kita xreti menari sbb nanti mcm kayu..U alls kena practice if nak impian jadi realiti..
Jangan menari salsa ,tango atau tarian yg susah2 tue..Basic dance mcm cerita cinderella tue.. Hehehe imagine kamu gadis jadi cinderella and kamu jejaka jadi mr cinderella..Hehehe juliet last menari masa plkn dulu hoho opss ada yang xtahu sbb xpenah tanya ...Ehhh rasa mcm ada lagi tapi ingat2 lupa bila last menari.. keep silent


Berbasikal..
Huhu berbasikal yeee.. Hehehe bagi peminat cita korea  tegar,mesti penah tgk filem my girl. Yang dorang pusing2 pulau naik basikal. Betapa sweetnya hero and heroin tue..Teringat masa juliet aktif masa sekolah dulu berbasikal dari penang sampai langkawi osemmm..

Midnight movie
Layan cita hantu pun boleh ..ikut suka korang ye hehe..Juliet just bg cadangan sebab juliet nak korang hepi dgn insan tersayang biar juliet sedih xpew..hemoh-homoh touching pulak. 

Petik strawberry
Disebabkan juliet mmg peminat tegar strwaberry , mmg patut impian nie termasuk sekali bukan juliet saje korang semua patut try.. Petik banyak2 then buat strawberry chocolate guna cadburry..

Melancong
Juliet boleh katakan seluruh malaysia dh pergi kecuali sabah n luar pulak medan jew..Melancong dapat hilangkan stress n boleh capture gambar yg menarik2..haha boleh beli oleh2..



Mr future husband i will waiting you, when the time's come we can holds hand together until jannah..


Attention!!!
Bagi yang ada masalah dgn entry or x suka entry juliet please direct pm me ya..
Pesanan dari penaja.
Juliet nak hepikan diri juliet sbb org lain mgkn xphm apa yg dialami oleh juliet..







Thursday, 25 July 2013

Juliet copy and share dari fb ye..Cuma edit yang mana patut..
Makin lama juliet jatuh cinta setiap coretan ayat,ia seakan membuat juliet terdiam seketika..
Kisah cinta....
Kisah cinta perlukan masa.. dan jarak itu bukan menghukum, tetapi memberi ruang untuk rindu mengisi waktu. Kelak pada masanya, Allah akan temukan.. insyaALLAH.. CINTA PERLU KEYAKINAN. Aku YAKIN.

Jujurnya, aku punya kisah sedih, gembira, harapan dan impian.. Tentang sebuah coretan bukan karangan penulis, tetapi suratan tertulis.

Aku tulis setiap perkara yang aku lalui, lihat, dengar dan perhati.. Bukan dalam diari, tetapi di alam maya. Sengaja aku kongsikan bukan untuk orang ramai mencintai aku kerana tulisan-tulisan ini, tetapi menghargai cintanya dan kembali bersemangat menjadi lebih baik, terus melakukan perkara baik, dan tak pernah lupa kita sebaik-baik penciptaan untuk ibadah kepada-Nya.

Nokhtah.

*Usah letak tanda soal dimana Allah SWT sudah letakkan tanda nokhtah. Aku tulis di profile Twitter ku hari ini, Jumaat 30 MEI 2013.

Nokhtah.

Awakkk.. Saya tahu awak akan baca tulisan ini, bukan sekarang masanya untuk kita, tetapi tenanglah, damailah, ada sesuatu telah tertulis yang sebaiknya untuk kita.

Banyak hal yang saya tak faham, dan banyak perkara juga lelaki cipta alasan untuk sembunyikan kenyataan, mungkin juga untuk menjaga perasaan..

Kita jaga hati ini, kita baiki diri ini, bukan jadi pencinta, tetapi jadi murabbi pada daerah hati sendiri. Agar bila kita jatuh, kita sendiri bangun, bila kita sedih, kita sendiri mampu tersenyum..



Nokhtah.





# Apa yang ditinggalkan kerana ALLAH, pasti bertemu kemanisan.
Apa yang dilakukan kerana ALLAH, pasti bertemu ganjaran..

Sunday, 21 July 2013

Future Husband


1)Teringgin nak pergi Makkah

2) Camera DSLR Canon

3)Guitar  (walaupun x reti main,)

4)Nak pergi melancong Bali and Genting (tapi maybe xjadi plan nie)

5)Nak ambil lesen moto (terang-terang xjadi sbb dh kena warnnig dgn mak)

6)Nak tawan gunung kinabalu( setakat la gunug jerai dan bukit mertajam jew!!)

7)Melawat semua pulau yang ada dekat malaysia..(I love swimming very much,aktiviti nie sangat menarik       kalau ada future husband sbb boleh snorkling , lols mmg xdaklah kn).

8)Merempit bersama future husband naik moto besar (so sweet.... :p)

9)Karoke sampai tak ada suara with future husband(walaupun suaraku kurang menarik )

10)Serius gua teringin nak pergi asterdam tengok bunga tulip!!!..(pengaruh buku tingkatan satu ,aku anak timur)

11)Berkemah dengan future husband..,sbb juliet rasa mcm best ja kn (Sah2 mesti xdak yang pernah buatkn,korang yg dh kawen tue boleh try mesti best  :) )

12)Lawan racing kereta dekat litar sepang...(Boleh terah tue,dengar2 nak sewa pun 3 jam RM 500)

13)Bina swimming pool (gila mmg xkan berjaya kos nak buat pun berpuluh ribu..)

14)Ice skating with future husband(tersangat menarik)

           "Yang ada warna tu impian juliet yg dh terlaksana ya cuma dgn mr future jew belum lagi..Juliet rasa mesti korang nak termuntahkn baca impian juliet yang agak2 kureng nie kn...Huhu impian juliet nie  korang rasakan akan  terlaksana atau tidak ya..??? Juliet pun tidak tahu, sbb juliet rasa maybe xakan.... Bagi yg plan nak kawen atau dh tunang tue boleh try juliet punya impian.. I'm very sure mesti korang akan happy. Make experiments then you will get the superbeb result.. Abang-abang romeo jangan bagi juliet awak mata macam panda ya, make them happy like cinderella. Untuk future husband juliet , jawapannya ada pada kamu mr romeo.Nanti juliet update lagi ya kalau ada impian yang menarik"..


Love you alls :)









Monday, 8 July 2013

Cinta Seorang Wanita

                                   

Wanita akan sanggup buat yang terbaik untuk orang yang paling dia sayang... Dia hanya fikir dia nak yang terbaik untuk orang yang dia paling sayang. Dia yakin bahawa orang yang dia sayang tidak akan mengecewakannya. Akhirnya bila si jejaka tinggalkannya tanpa sebab. .Dia menangis semahu-mahunya. Apabila hatinya sakit susah untuk diubati. Tiada penawar yang dapat sembuhkan hatinya. Hati yang terluka terasa perit sekali.Bohong andai anda WANITA berkata hatinya mampu lupakan orang yang aling dia sayang. Di sini bemulalah bangkitnya seorang wanita yang dahulunya hatinya lembut ,kini  dia kebalkan hatinya . Dia bangun membina hidup dengan impian yang masih kabur,dia ingin tunaikan segala janji, dia hanya berserah kepada Allah S.W.T. Dia redha setiap ketentuan setiap dugaan yang diberikan kepadanya. Kisah hati perempuan untuk seseorang http://harianislam.com/2013/02/13/kisah-hati-perempuan-pada-seseorang/ yang dia cintai.. 

Pemilik tulang rusukku

Buat renungan pemilik tulang rusukku.....Bahan dari copy and paste 


Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk | “Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..”

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku.
    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
    Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
    rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
    merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
    Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
    Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
    dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
    terlambat…
    Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
    hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
    yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
    menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
    risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
    Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
    akibat yang akan diterima?
Wallahulam…

Wednesday, 3 July 2013

Warna Kabur Kehidupan Kita

              Hidup ini kadangkala kita megharapkan keindahan..Tanpa sedar kita menghadapi suatu yang sukar untuk kita harungi.Kita yang mencorak kehidupan ini,kita yang membuat segala keputusan tentang kehidupan kita. Adakalanya kita terlalu mengejar kesempurnaan. Dengan kesempurnaan itu, kita telah melukai hati orang yang menyayangi kita. Kenapa kita tidak boleh terima diri sesorang itu seadanya. Jawapannya adalah kita terlalu mencari kesempurnaan,tamak walaupun telah memiliki yang sempurna.. Inilah kehidupan adakalanya pernuh dengan warna-warni dengan sekelip mata ia menjadi warna yang keruh . Begitulah dengan hati manusia,sering berubah jika tidak kuat hadapinya. Semakin banyak cabaran dan dugaan yang di hadapi semakin banyak kita belajar tentang kehidupan. Orang yang matang adalah orang yang tidak akan lari dari masalah, ia akan cuba menyelesaikan masalah. Orang yang cakap dirinya matang , tetapi lari dari masalah itu adalah seperti kanak-kanak kecil yang takut untuk berjalan.Kita bukanlah manusia yang sempurna,kita mempunyai perasaan sayang , marah benci cemburu atau sebagainya. Bohonglah kalau kita tidak ada perasaan. Tapi dengan perasaan inilah akan menghancurkan segala impian kita. Bagaimana kita hendak bina semula impian kita??Jawapannya kita perlu menyayangi diri kita dahulu, buktikan bahawa kita mampu hadapinya walaupun sukar. Kita seboleh-bolehnya takut untuk melukakan hati orang yang kita sayang.Tetapi dengan sedar kita telah melukakan hati dan perasaan seseorang .Cuba fikir sejenak buka minda seluas-luasnya , tanya hati kita patutkah kita lukakan hati seseorang yang selama ini ,yang sanggup lakukan apa sahaja demi kita. Itulah manusia tidak pernah menilai pengorbanan sesorang itu. Kenapa?? Kenapa ?? Terjadinya begini kerana kita marah,kita tidak sabar atau sebab yang anda sendiri lebih mengetahui. Cuba tempatkan diri anda di tempat mereka.Selami apa yang mereka alami. Anda akan tahu betapa peritnya sakit mereka. Betapa susahnya mereka hendak menghadapinya.Tiada ubat untuk sembuhkan mereka, melainkan ada sinar yang kembali. Ayuh bangkit cuci semula hati kita ,rawatnya kembali ,jaganya kembali dan kebalkannya kembali kita akan berjaya mencari sinar itu. Buat orang yang hatinya terluka sabarlah nescaya anda akan mendapat ketenangan dengan memaafkan mereka,biar masa menetukan.  Umur kita semakin hari semakin meningkat bila-bila sahaja kita akan meninggalkan dunia yang penuh tanda tanya??? 

From Bottom To My Heart (Miss Juliet)