Seorang gadis telah menyatakan bahawa ia tidak akan jatuh cinta lagi dengan mana-mana lelaki. Tapi akhirnya tutur katanya menjerat dirinya,seakan hilang dengupan jantungnya. Semakin lama semakin gelisah jiwanya.. Seolah-olah nyawanya seakan diambil. Persaan itu muncul saat pada pandangan mata mereka bertemu. Seterusnya pertemuan yang dirancang. Si gadis berusaha melawan hatinya..Melawan tanpa henti dan akhirnya Si Gadis jatuh rebah . Rebah dengan perasaan tersebut terhadap Si Jejaka. Semakin lama ia menyeksa jiwa Si Gadis, dengan rasa lemah ia telah meminta potolongan orang yg paling dicintaiNya Allah S.W.T. Memohon agar meminta pertunjuk. Si Gadis berserah kepadaNya,sehingga setiap malam Si Gadis bermimpikan Si Jejaka. Jantung Si Gadis berdegup dengan kencang, semakin la semakin gelisah jiwanya. Si Gadis berkata dalam hatinya "Inilah perasaan yang Allah kurniakan". Si Jejaka turut merasakan perasaan yang sama. Makin lama makin menyeksa jiwanya akan tepi Si Jejaka seakan takut dengan perasaan itu .Dibelenggu dengan kisah silamnya, kisah kekasih yang meninggalkannya. Kedua-duanya seakan takut dengan kisah masih-masing. Masing-masing menyimpan rasa yang sama. Bermain dengan perasaan mereka sendiri. Masing saling memerlukan satu sama lain. Persamaan yang dimiliki membuatkan mereka dekat tetapi adakalanya saling berduka. Kefahaman antara mereka membuatkan mereka saling rasa serba salah. Si Gadis selalu memohon kepadaNya kau satukanlah kami. Begitu juga Si Jejaka memohon kepadaNya kau satukanlah kami.
With love Sha..